• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Saifuddin terima kunjungan hormat Christopher A. Wray

Spread the love

PUTRAJAYA, 14 Disember 2023 – Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah menerima kunjungan hormat Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat Christopher A. Wray di Parlimen Malaysia semalam.

Kredit Foto : FB Rasmi KDN

Menurut Saifuddin menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau semalam, kunjungan hormat tersebut adalah perbincangan susulan daripada pertemuan beliau dan Christopher Wray di Washington pada September lalu.

“Saya mengulangi komitmen Malaysia untuk memperkukuh bidang keselamatan antara negara dan serantau disamping turut memberi fokus dalam beberapa aspek lain termasuklah kerjasama melibatkan usaha menangani jenayah rentas sempadan, menangkis ancaman pengganas serta pembangunan kapasiti.”katanya.

Kredit Foto : FB Rasmi KDN

Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay turut hadir mengiringi Saifuddin di dalam pertemuan tersebut.

Di samping beliau, turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, barisan Setiausaha Bahagian KDN, para pegawai dari Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato’ Pahlawan Supramaniam Ramasamy.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation