Tourism Malaysia Lancar Pakej Minat Khas Houseboat 2023/2024

Spread the love

Tourism Malaysia telah melancarkan pakej minat khas ‘Houseboat 2023/2024’ bagi mempelbagaikan penawaran produk minat khas di pasaran.

Sebanyak 11 pakej pelancongan houseboat ditawarkan oleh enam (6) agensi pelancongan untuk tempoh perjalanan dari 1 Disember 2023 sehingga 30 Jun 2024 melibatkan lokasi houseboat yang popular iaitu di Royal Belum, Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu.

Foto Kredit Tourism Malaysia

“Pakej-pakej ini menawarkan kepelbagaian pengalaman percutian melalui aktiviti-aktiviti seperti berkayak, berakit, memancing, memanah, menjejak Rafflesia, merentas hutan, memasak kuih tradisional, bermain paintball dan banyak lagi. Pakej-pakej ini boleh mula ditempah mulai sekarang dengan tempoh sah perjalanan adalah sehingga 30 Jun 2024.” kata Tourism Malaysia.

Promosi pakej minat khas houseboat itu mengambil kira kesediaan produk yang terdapat di Royal Belum di Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu. Untuk rekod, jumlah houseboat yang berdaftar di Royal Belum adalah sebanyak 41 buah houseboat dengan penawaran sebanyak 615 katil sehari manakala di Tasik Kenyir mempunyai 86 buah houseboat dengan penawaran sebanyak 1,290 katil sehari.

“Segmen houseboat dilihat sebagai satu alternatif percutian berkumpulan kepada orang ramai. Promosi pakej sebegini memberi peluang untuk orang ramai mengambil kesempatan untuk bercuti sekeluarga ataupun bersama kawan-kawan sempena cuti sekolah dan cuti hujung tahun. Ia juga dapat membantu menjana aktiviti ekonomi masyarakat setempat secara tidak langsung.” kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar.

Enam (6) agensi pelancongan yang turut menjayakan kempen pelancongan minat khas houseboat ini adalah Al Fateh Travel Sdn Bhd, Ad-Deeni Travel & Tours Sdn Bhd, Mona Holidays Sdn Bhd, Al-Maziah Travel Sdn Bhd, MLS Holidays Sdn Bhd dan Ping Anchorage Travel & Tours Sdn Bhd.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation