Tindakan pantas Maritim Malaysia selamatkan 2 bot nelayan terbalik
๐ฆ๐๐ก๐๐๐๐๐ก, ๐ฎ๐ฐ ๐๐ถ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ โ Berpantang maut sebelum ajal, teriakan dua nelayan meminta pertolongan dari laut didengari oleh pegawai bertugas Zon Maritim Sandakan semasa membuat rondaan di jeti dekat sini, semalam.
Kejadian itu berlaku pada sekitar jam 10.50 malam di mana pencarian mangsa menggunakan kaedah ‘Search Light’ dilakukan iaitu kira-kira 0.29 batu nautika selatan Pulau Berhala, tidak jauh dari Jeti Maritim Sandakan.
BOT KILAT 34 diatur gerak ke lokasi di mana kedua-dua mangsa diselamatkan dalam satu OP CARILAMAT namun bot yang dinaiki mereka didapati karam.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, Roslee Awang, 43 dan rakannya Fadzier Salleh, 36, masing-masing warga tempatan didapati tidak memakai jaket keselamatan dan keadaan laut dengan ombak besar serta arus kuat telah menyebabkan bot yang dinaiki mereka terbalik lalu tenggelam.
Komuniti nelayan dinasihatkan agar mematuhi langkah-langkah keselamatan ketika melakukan sebarang aktiviti di laut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang Monsun Timur Laut yang sedang melanda negara.
Be the first to leave a comment