• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Maritim Malaysia rampas 400 liter minyak petrol

Spread the love

𝗦𝗔𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡, 𝟮𝟱 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 – Sejumlah 400 liter disyaki minyak petrol yang diisi di dalam 20 tong berjaya dirampas oleh Zon Maritim Sandakan selepas ia dibuang ke laut ketika aksi kejar buru antara pihak Maritim Malaysia dan dua buah bot pancung disyaki penyeludup di sini, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi telah mengesan dua bot pancung berada dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 3.10 petang di kedudukan 1.6 batu nautika utara Pulau Bai.

Pihak Maritim Malaysia telah mengarahkan bot suspek berhenti untuk diperiksa namun bot suspek tidak memberikan kerjasama malah bertindak memecut laju bot. Suspek turut membuang 20 tong disyaki berisi petrol ke laut sebelum melarikan diri menuju ke perairan cetek dan berbatu dalam usaha meloloskan diri dari ditahan oleh penguat kuasa.

Kesemua tong minyak seterusnya dirampas dan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam satu kes yang berasingan, Zon Maritim Sandakan juga telah berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan di kedudukan 0.19 batu nautika tenggara Kampung Sim-sim kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 iaitu membawa 45 penumpang tanpa kebenaran pada hari yang sama.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation