• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

PADU akan dilancarkan esok

Spread the love

KUALA LUMPUR, 1 Januari 2024 – Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat individu dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan bermula esok.

Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim dijangka akan melancarkan PADU dalam satu majlis yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada pagi esok.

Majlis itu akan melibatkan perbentangan mengenai PADU oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir dan forum bertajuk ‘Memcu Peralihan Melalui PADU’, sebemum Anwar dijadual merasmikan sistem berkenaan pada 12.15 tengah hari.

Objektif PADU adalah menyediakan  pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala, penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data dan membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

Manakala matlamat PADU adalah meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan, mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad, memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat serta merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation