Kopi Alicafe dan Kluang Rail Coffee Halal, tiada kaitan dengan DAP – JomCheck

Spread the love

Oleh JomCheck

JOMCHECK mendapati satu imej yang mengandungi maklumat mengelirukan telah tular yang mengaitkan kes mahkamah melibatkan para pengarah Kluang Rail Coffee yang dikaitkan dengan kopi jenama Alicafe.

Imej keratan akhbar memaparkan pengeluar Kluang Rail Coffee telah didakwa di mahkamah kerana menjual produk yang mengandungi gelatin babi tanpa melabelkan kandungannya pada label bungkusan produk berkenaan.

Di bahagian bawah imej tular itu disertakan gambar produk Alicafe beserta kapsyen mengajak pemboikotan produk itu yang dikaitkan dengan parti politik DAP.

Dakwaan ini telah menimbulkan keraguan terhadap status halal Alicafe dan Kluang Rail Coffee.

Semakan yang dilakukan mendapati Bahagian Hab Halal – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberi pencerahan berkenaan isu ini.

STATUS: TIDAK BENAR

PENJELASAN: Kluang Rail Coffee dan Alicafe merupakan dua syarikat yang berbeza dan kedua-duanya adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

SUMBER: Laman Facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0bxE5vvBoTkdiBiuvRxHeVAbEJF16VcJ3v2V3KqW4kp4TXkGK5zwjgYWAKy1FjKmnl&id=100064829375273&mibextid=Nif5oz

Maklumat penting yang perlu diberi perhatian adalah:

Dakwaan terhadap status halal Kluang Rail Coffee sudah berlaku beberapa kali. Antara yang dapat dikesan berlaku pada 2011 dan 2019.

Kluang Rail Coffee mengambil tindakan perlu termasuk mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan status pemilikan sijil halal oleh mereka dari masa ke masa, antaranya dapat dilihat di sini https://t.ly/RYVnR JAKIM mengesahkan Alicafe dan Kluang Rail Coffee merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Keliru dengan imej seperti ini? Jangan risau. Kalau ada sahaja maklumat yang diragui, JOMCHECK segera di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation