Kempen tetapkan warna logo halal berdasarkan status pemilikan syarikat tiada kaitan dengan Jakim – Jomcheck

Spread the love

Oleh JomCheck

JomCheck menerima aduan tentang poster kempen menukar warna logo halal berdasarkan status pemilikan syarikat pengeluar produk halal yang dimulakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Sebaran poster ini telah menimbulkan tanda tanya orang awam. Respon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diharap dapat menjawab segala persoalan.

Semakan JomCheck mendapati:

STATUS: TIDAK BENAR

PENJELASAN: JAKIM telah memberi respon melalui satu kenyataan pada 2023 yang mengesahkan tiada keperluan untuk menukar warna logo halal berdasarkan status pemilikan syarikat pengeluar produk halal walaupun ada kempen oleh PPIM sejak 2020.

SUMBER:

Laman sesawang rasmi JAKIM: https://bit.ly/3RT7k0m

The Sun: https://bit.ly/48TdGnf

Perkara penting untuk kita tahu:

a. Kali pertama kempen ini dapat dilihat adalah pada 24 Julai 2020 melalui laman Facebook PPIM.

b. JomCheck telah menghubungi JAKIM pada 15 Jan 2024 bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Kami diberitahu Jakim telah mengeluarkan kenyataan pada 2023 dan masih berpegang kepada pendirian sama hingga hari ini.

c. Dasar JAKIM menyatakan semua produk dan perkhidmatan yang diiktiraf Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mempunyai peluang yang sama untuk bersaing secara sihat bagi meneroka peluang perniagaan di dalam dan luar negara.

d. Produk dan perkhidmatan yang diiktiraf Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) diizinkan untuk menggunakan apa-apa warna bagi logo halal JAKIM yang dianggap sesuai dengan bungkusan produk mereka.

e. Walaupun bebas dari aspek warna, pengeluar perlu mematuhi spesifikasi logo halal yang ditetapkan pihak berkuasa berdasarkan undang-undang.

Kami harap penjelasan kali ini dapat menjawab persoalan orang ramai okay!

Lepas ni, kalau ada lagi maklumat yang mengelirukan, JOMCHECK segera di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation