• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Subsidi telur ayam gred A, B dan C diteruskan mengikut mekanisme sedia ada

Spread the love

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2024 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah memantau harga ayam di peringkat ladang secara bulanan dan hasil pemantauan menunjukkan harga ayam adalah stabil.

Menurut beliau ketika sesi jawab lisan di Parlimen pagi ini, purata harga ayam di ladang yang direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia semenjak November 2023 adalah seperti berikut:

  • November 2023 ialah RM5.85/kg;
  • Disember 2023 ialah RM6.39/kg;
  • Januari 2024 ialah RM6.13/kg; dan
  • Februari 2024 ialah RM6.03/kg.

“Pada masa ini, Kerajaan berpandangan subsidi serta kawalan harga bagi telur ayam gred A, B dan C diteruskan dengan menggunakan mekanisme sedia ada. Sebarang perubahan dasar akan mengambil kira semua faktor khususnya trend bekalan semasa.

Kerajaan juga akan sentiasa memantau pengeluaran di peringkat ladang bagi memastikan bekalan telur mencukupi, khususnya ketika musim perayaan.” kata Mohamad.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation