• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Tiada Gangguan Bekalan Air Mei ini, Air Selangor tangguh penyelenggaraan LRA Sungai Selangor

Spread the love

Oleh : JomCheck

Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal berkenaan kesahihan mesej tular yang menyeru warga Lembah Klang untuk bersedia menghadapi gangguan bekalan air pada 14 hingga 16 Mei 2024 kerana kerja-kerja penyelenggaraan.

Mesej berkenaan turut disertakan dengan sebuah ‘pdf’ (Portable Document Format) daripada Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) yang mengandungi maklumat kawasan yang akan terjejas.

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Air Selangor melalui satu notis pemakluman pada 26 April 2024 menjelaskan bahawa pihak mereka menunda kerja-kerja penyelenggaraan ke satu tarikh baharu.

Sumber:
Air Selangor: https://hydrohub.airselangor.com/visual/notis-makluman-penangguhan-kerja-kerja-penyenggaraan-berjadual-loji-rawatan-air-lra-sungai-selangor-fasa-1-ssp1/

Isi yang perlu diberi perhatian adalah:

a. Isi mesej tentang kerja penyelenggaraan oleh Air Selangor yang tersebar pada awalnya adalah betul, namun sudah terbatal berikutan pengumuman penangguhan yang dikeluarkan Air Selangor.
b. Orang awam diminta merujuk saluran rasmi Air Selangor melalui media sosial atau aplikasi Air Selangor untuk mendapatkan maklumat terkini.

Jangan lupa kongsi maklumat ini kepada warga Lembah Klang okay! Kalau ada sahaja maklumat yang diragui, JOMCHECK segera di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation