LENGGENG, 27 Jun 2024 – Dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan negara, Tourism Malaysia hari telah melancarkan sebanyak 62 pakej agropelancongan Durian Tourism 2024/2025 bagi memeriahkan serta mempromosikan musim durian di Malaysia menerusi kerjasama dengan 27 pengendali pelancongan tempatan.
Menurut Tourism Malaysia, pakej yang ditawarkan bermula serendah RM70 seorang untuk aktiviti makan durian
di Relau, Kedah sehingga RM4,450 bagi itinerari 3 Hari 2 Malam (3H2M) di Bentong Bilut Hills, Pahang. Pelbagai aktiviti lain yang ditawarkan termasuklah lawatan ke dusun durian, pengalaman mengutip serta menikmati durian dan buah-buahan tempatan, mengikuti kelas memasak, membuat tempoyak, berakit, merasai pengalaman tinggal di kampung selain menaiki kereta api dan bermain golf.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Encik Saidi Bundan berkata pakej-pakej yang dibangunkan pada kali ini meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Sabah bermula Jun 2024 untuk tempoh sah kempen sehingga Disember 2025.
“Selain Brunei, Tourism Malaysia juga menyasarkan pasaran luar negara seperti China, Hong Kong, Taiwan dan Singapura menerusi penerbitan bahan promosi pakej Durian Tourism dalam bahasa Mandarin.
Pelancaran pakej ini bukan sahaja diharap dapat memperkenalkan lebih banyak destinasi yang mampu memberikan impak kepada kegiatan ekonomi setempat, malahan menjadikan program agropelancongan yang diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebagai salah satu segmen produk pelancongan minat khas sekali gus memperkukuhkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan pelancongan lestari seiring dengan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030,” katanya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment