Alibaba.com Lancar Anugerah KEL Sulung untuk Iktiraf BakatE-Dagang B2B Terkemuka

Spread the love

KUALA LUMPUR, 3 Jul 2024 – Alibaba.com, platform terkemuka untuk e-dagang perniagaan-ke-perniagaan (B2B) global, hari ini mengumumkan Anugerah Peneraju E-dagang Utama (Anugerah KEL) sulung, yang direka khusus untuk memberikan penghormatan kepada pembekal e-dagang terkemuka di wilayah Asia Selatan dan Tenggara.

Pelancaran minggu ini dan berlangsung sehingga November 2024, Anugerah KEL akan menyaksikan pembekal Alibaba.com yang layak dari tujuh negara, yang merangkumi India, Indonesia, Malaysia, Pakistan, Singapura, Thailand dan Vietnam, bersaing dalam pusingan kebangsaan di pasaran masing-masing dari Ogos hingga Oktober. Sebanyak 10 peserta terbaik pusingan kebangsaan akan beraksi pada peringkat akhir yang akan diadakan di Vietnam pada November, yang bakal menobatkan 3 peserta paling cemerlang dalam kalangan mereka sebagai pemenang Anugerah KEL.

Para peserta dijangka mempamerkan penggunaan Alibaba.com mereka dalam membangunkan dan mengembangkan usaha eksport mereka, bersama-sama dengan strategi yang digunakan oleh mereka untuk mencipta kecemerlangan di pasaran global. Penilaian Anugerah KEL akan dibuat berdasarkan kandungan dan kreativiti pembentangan mereka, keberkesanan dalam komunikasi dan pencerminan jenama peribadi, pemahaman yang mendalam tentang platform Alibaba.com, serta kemahiran dalam mengemukakan soalan dan mengutarakan rancangan untuk memberikan impak dan inspirasi kepada orang lain dalam komuniti e-dagang.

Pertandingan ini terbuka kepada pemilik, kakitangan utama dan pengurus syarikat yang menjual di Alibaba.com dengan penarafan minimum sebanyak dua bintang dan kehadiran yang aktif di platform selama sekurang-kurangnya enam bulan.

Anugerah KEL Alibaba.com bertujuan mengumpulkan pembekal terkemuka di seluruh rantau selain memupuk pembelajaran dan penglibatan bersama. Anugerah ini juga menawarkan pentas untuk para peserta mengembangkan pengaruh mereka dalam komuniti pembeli dan pembekal global Alibaba.com, sekali gus meningkatkan ketampakan mereka dan membuka pintu kepada pelbagai peluang kerjasama.

Para peserta akan berpeluang untuk mendapatkan akses kepada sesi latihan yang diterajui pakar Alibaba.com yang direka khusus untuk memantapkan kecekapan operasi mereka di platform serta membangunkan kemahiran insaniah mereka yang penting kepada kepimpinan, pengucapan awam dan pengurusan pasukan.

Pembekal yang cemerlang dalam pertandingan akan layak untuk memperoleh faedah eksklusif termasuk slot pameran produk yang dipertingkatkan dan bonus pengiklanan kata kunci untuk menggalakkan penzahiran produk mereka di Alibaba.com. Tiga peserta terbaik akan menerima anugerah tambahan penajaan “Perjalanan Impian” ke ibu pejabat Alibaba.com di Hangzhou, China. Semua pemenang dari pusingan negara juga akan dilantik sebagai pensyarah Alibaba.com, sekali gus memperoleh peluang untuk menyampaikan pandangan dan pengalaman mereka dengan rakan pembekal dari rantau Asia Selatan dan Tenggara.

“Anugerah KEL Alibaba.com bertujuan untuk berfungsi sebagai platform yang penting bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkaliber tinggi di platform kami untuk mempamerkan kepintaran dan inovasi perniagaan mereka sambil memupuk kerjasama dan pembelajaran merentas pasaran. Dengan menyerlahkan kisah kejayaan para peserta, kami berhasrat untuk memotivasikan banyak PKS lain yang terlibat dalam perdagangan global untuk mencapai tahap kejayaan baharu di pentas antarabangsa,” kata Roger Luo, Ketua Asia Selatan dan Tenggara di Alibaba.com.

Pendaftaran untuk Anugerah KEL dibuka dari sekarang hingga akhir Julai 2024. Untuk pendaftaran, sila layari: https://survey.alibaba.com/apps/zhiliao/g9Iw8Uien.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation