100 peserta terokai jejak sejarah, warisan Melaka
Oleh LIANA SAHABUDIN / MELAKA HARI INI
BANDA HILIR 8 Julai – Kira-kira 100 peserta diberikan pendedahan mengenai warisan dan sejarah Melaka pada Program Eksplorasi Jejak Seni @ Muzium Melaka dan Museum Heritage & Art Phonegraphy Competition.
Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, aktiviti itu secara tidak langsung memberi ilmu baharu kepada generasi muda tentang sejarah yang ada di negeri ini.
“Aktiviti ini bermula jam 8 pagi yang mana peserta perlu menjejaki produk warisan dan sejarah yang ada di Melaka membabitkan beberapa lokasi seperti Muzium Sejarah & Etnografi, Dataran Jalan Laksamana Melaka, Bukit Melaka, menara Jam Besar dan lain-lain.
“Peserta juga diarahkan untuk mengambil gambar kawasan sejarah dan warisan itu untuk dipilih sama ada layak menjadi pemenang atau tidak.
“Hasil karya mereka ini akan dipamerkan di Balai Seni sebagai tarikan baharu kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke Negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutup program berkenaan di Muzium Kesultanan Melayu Melaka di sini, semalam.
Hadir sama Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Erne Hamsah.
Menurut Zaidi, aktiviti itu secara tidak langsung memberi pengalaman baharu kepada generasi muda untuk menggambarkan suasana dan situasi tempat bersejarah menggunakan telefon pintar.
“Bisanya kita guna kamera telefon untuk bersuka ria, tetapi kali ini kita gunakan telefon sebagai medium menggambarkan suasana dan situasi sesuatu tempat bersejarah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Be the first to leave a comment