KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 – Kerajaan telahpun hari ini membentangkan Rang Undang-undang untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Pindaan ini menunjukkan bahawa Kerajaan memandang serius masalah ketirisan data peribadi.
Menurut Menteri Digital, Gobind Singh Deo di dalam sidang media di Parlimen hari ini, dalam tempoh Oktober 2023 hingga Mac 2024, statistik jumlah aduan yang diterima menunjukkan trend peningkatan sebanyak 5.1% pada tahun 2024 berbanding tahun 2023.
Katanya sebanyak 322 aduan penyalahgunaan dan pelanggaran data peribadi telah diterima oleh Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP). Sebanyak 157 aduan telah diterima pada suku keempat tahun 2023 manakala 165 aduan diterima pada suku pertama tahun 2024.
“Bagi statistik pelanggaran data peribadi secara khususnya, trend meningkat dengan lebih ketara iaitu sebanyak 41% pada tahun 2024 berbanding tahun 2023. Pada suku keempat tahun 2023, Pejabat Pesuruhjaya PDP telah menerima sebanyak 27 notifikasi pelanggaran data peribadi berbanding pada suku pertama tahun 2024, sebanyak 38 notifikasi pelanggaran data peribadi telah diterima.
Berdasarkan statistik tahun 2023, Pejabat Pesuruhjaya PDP telah menerima sebanyak 779 aduan penyalahgunaan dan pelanggaran data peribadi. Manakala pada tahun ini sehingga bulan Jun 2024, sebanyak 288 aduan telah diterima oleh Pejabat Pesuruhjaya PDP. Walaupun secara purata terdapat sedikit penurunan di atas usaha penguatkuasaan berterusan oleh Pejabat Pesuruhjaya PDP, namun angka statistik ini masih membimbangkan.” ujar Gobind.
Melalui cadangan pindaaan itu, aspek-aspek khusus yang diperkukuhkan dalam Akta tersebut, termasuk memastikan pelantikan Pegawai Perlindungan Data dilaksanakan oleh sesebuah organisasi yang mengawal data serta peruntukan data berkaitan perlindungan data adalah dipatuhi :
Menurut Gobind pindaan-pindaan itu menunjukkan bahawa Kerajaan memandang serius keperluan untuk melindungi data khususnya dalam dunia digital di mana data akan memainkan peranan yang penting dalam teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).
“Pindaan ini berniat untuk memastikan tidak ada data yang digunakan tanpa persetujuan pemilik data tersebut dan untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan data semasa penggunaan platform-platform digital yang sedia ada
dan bakal duwujudkan pada masa hadapan selari dengan perkembangan baharu dalam bidang teknologi.
Kerajaan berharap pindaan kepada Akta ini akan mendapat sokongan seluruh Ahli Parlimen selepas ia dikemukakan di Dewan untuk diluluskan dalam sesi ini.” ujarnya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment