Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 10:13 pagi tadi.
Walaupun gegaran dirasai di sekitar Sabah dan WP Labuan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian
: 10:13 pagi, 11 Julai 2024
Koordinat
: 6.1° Utara 123.3° Timur
Lokasi
: Mindanao, Filipina
Magnitud
: 6.6
Jarak
: 154km Tenggara dari Isabela City, Filipina
Kedalaman
: 632 km
“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.
Be the first to leave a comment