• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

MCMC siasat dua suspek hantar komen jelik

Spread the love

CYBERJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa
dua suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan bersifat provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen di platform TikTok pada 9 Julai lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC berkata bahawa sesi rakaman percakapan terhadap kedua-dua suspek telah dijalankan semalam setelah aduan diterima daripada orang awam.

Dalam operasi yang dijalankan, kad sim dan telefon pintar milik kedua-dua suspek yang digunakan untuk memuat naik komen jelik itu telah disita bagi membantu siasatan.

Terdahulu, MCMC telah menyerahkan Notis Kehadiran kepada kedua-dua suspek mengikut prosedur yang ditetapkan.” kata MCMC.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Seksyen tersebut melarang pembuatan atau penghantaran komunikasi yang antara lain bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation