• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

3 pelajar sekolah antara ditahan jadi ‘samseng jalanan’

Spread the love

Oleh MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID / MELAKA HARI INI

ALOR GAJAH 21 Julai – Tiga pelajar sekolah antara lima ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Pegoh, di sini, malam tadi.

Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 16 hingga 20 tahun ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Alor Gajah dengan kekuatan 25 anggota, termasuk bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan BSPT Jasin.

Katanya, operasi tersebut dijalankan bermula 9 malam hingga 6 pagi dan sebanyak 34 kenderaan serta 40 individu telah diperiksa.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 23 buah motosikal turut disita dan 142 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan yang direkodkan adalah tiada lesen memandu, tiada nombor pendaftaran, ubah suai struktur motosikal, tiada cermin sisi, ubah suai ekzos dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan bebas pengambilan barang terlarang dan akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai dirakam keterangan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation