• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

PM rasmi Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024

Spread the love

CYBERJAYA, 21 Julai 2024 – Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang berlangsung hari ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dengan kehadiran lebih 8,000 orang pengunjung, majlis yang berkonsepkan karnival rakyat itu mendapat kerjasama daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta swasta.

Program tersebut dimeriahkan menerusi penganjuran Karnival Kita MADANI X HKHM 2024 dengan pengisian reruai Komuniti MADANI X NADI, RIUH X HKHM, perkhidmatan untuk rakyat, pameran daripada pelbagai agensi, jualan keusahawanan, persembahan patriotik, aktiviti interaktif kenegaraan serta demonstrasi pembuatan produk tempatan.

Turut diadakan, program Permukiman Komuniti MADANI disertai hampir 2,500 orang peserta terdiri daripada ketua dan ahli Komuniti MADANI seluruh Semenanjung Malaysia bagi memperkasakan komuniti berkaitan inisiatif kerajaan serta penglibatan komuniti dalam menyemarakkan bulan kebangsaan.

Pada majlis yang sama, Perdana Menteri turut melakukan pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 yang membawa Jalur Gemilang ke seluruh pelosok negara bertujuan untuk menggelorakan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.

Konvoi ini melibatkan sejumlah 90 orang peserta dan 65 buah kenderaan daripada Jabatan Penerangan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, agensi, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor dan Kelab Suzuki V-Strom Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation