• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Dato’ Awang Bemee dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

Spread the love

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024 – Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali Basah telah dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

Beliau yang merupakan anak jati negeri Sarawak pernah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Borneo Sarawak bermula pada tahun 1984 dan berpengalaman mengendalikan pelbagai kes di semua peringkat mahkamah termasuk Mahkamah Persekutuan.

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching sejak 1998 dan pernah berkhidmat sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak selama tiga penggal sebelum ini.

Awang Bemee juga merupakan Penasihat undang-undang Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB).

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian serta pernah menyertai kursus dan lawatan sambil belajar di bawah naungan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) di United Kingdom dan Australia. 

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation