Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian
: 11:28 pagi, 10 Ogos 2024
Koordinat
: 47.1° Utara 144.9° Timur
Lokasi
: Laut Okhotsk
Magnitud
: 6.1
Jarak
: 419km Timur Laut dari Asahikawa,Jepun
Kedalaman
: 412 km
“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.
Be the first to leave a comment