• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Nur Adryana harumkan nama Melaka di Beijing

Spread the love

Oleh : Mohamad Fazrul Abdul Majid / MELAKA HARI INI

AYER KEROH 22 Ogos 2024 – Anak kelahiran Melaka, Nur Adryana Aisya Abdul Shukor berjaya mengharumkan nama negara dan negeri ini apabila merangkul pingat emas pada 17th International Earth Science Olympiad Competition di Beijing, China, baru-baru ini.

Dalam pertandingan yang berlangsung di Peking University, China, Nur Adryana Aisya, 16, yang merupakan peserta tunggal perempuan daripada empat wakil negara berjaya merangkul pingat emas menerusi Earth System Project yang dihasilkan.

Malah, kejayaan itu turut meletakkan namanya sebaris dengan lima lagi pemenang pingat emas dari Amerika Syarikat, Jepun, Romania, Austria dan Belarus.

Selain pingat emas daripada Nur Adryana, wakil Malaysia turut meraih satu perak dan lima gangsa pada olimpiad kali ini.

Kejayaan Nur Adryana yang merupakan pelajar tingkatan 4 Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia dan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Syed Ahmad Shahabudin Ayer Keroh turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.

“Tahniah Team Malaysia di International Earth Science Olympiad 2024 di Beijing, China atas kejayaan membawa pulang 1 Emas, 1 Perak dan 5 Gangsa.

“Emas disumbangkan oleh anak Hang Tuah Jaya, Nur Adryana Aisya. Tahniah Adryana!,” katanya yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya.

Earth Science Olympiad merupakan pertandingan olimpiad berprestij dalam bidang geologi, geofizik, oseonografi, meteorologi, astronomi daratan dan sains persekitaran.

Difahamkan, sebelum berangkat ke China, pasukan Malaysia telah menjalani latihan pusat intensif selama tujuh hari yang dikendalikan oleh Pakar Geologi dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation