Jiwa KL diberi Nafas Baharu menerusi Belanjawan 2025

Spread the love

Komentar media oleh: Raja Ahmad Iskandar Fareez, Setiausaha Publisiti Pemuda Sosialis DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kuala Lumpur | 19 Oktober 2024

Berpaksikan kerangka ‘Ekonomi MADANI’ dan tiga fokus utama ‘Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat’, Belanjawan 2025 menggabungkan langkah-langkah yang tepat untuk memberi nafas baharu kepada ‘jiwa’ Kuala Lumpur (KL).

Ini melibatkan beberapa peruntukan yang dirangka untuk mengambil kira cabaran iklim, pemeliharaan dan pemuliharaan budaya dan warisan, pembangunan bakat serta meningkatkan keterhubungan dan kualiti hidup di ibu kota kita. Dengan menyeimbangi faktor ini, kita boleh merealisasikan potensi penuh KL sebagai kota idaman untuk didiami, mencari rezeki, berekreasi, dan banyak lagi.

Antara langkah-langkah penting yang diumumkan semasa pembentangan kali ini termasuk peruntukan RM10 juta untuk menjalankan Kajian Geoteknikal Struktur Lapisan Tanah di jalan-jalan utama sekitar “Segitiga Emas” KL bagi menangani potensi berulangnya insiden lubang benam yang tragis, RM150 juta untuk pembersihan longkang dan pengorekan sungai di kawasan yang dilanda banjir, RM600 juta kepada NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) untuk persediaan banjir, dan RM20 juta dalam bentuk geran padanan kepada Yayasan GLIC dan GLC untuk menggerakkan usaha keseluruhan kerajaan bagi memberi bantuan dan sokongan kepada mangsa di kawasan banjir.

Dari segi pemeliharaan warisan, peruntukan RM600 juta untuk memulihkan mercu tanda seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara adalah selaras dengan cita-cita yang lebih besar untuk menjadikan Pusat Bandar KL sebagai sebuah daerah kreatif dan budaya untuk orang ramai. Mewujudkan penghubung antara tempat-tempat menarik dengan ruang hijau awam seperti jambatan bertingkat yang menghubungkan Taman Botani Perdana dengan Carcosa Seri Negara serta projek seumpanya akan menggalakkan penduduk dan pelancong untuk berjalan kaki sambil meneroka bandar kita. Jika hal ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan digabungkan dengan langkah-langkah yang digariskan untuk meningkatkan keterhubungan pengangkutan awam yang memudahkan pejalan kaki, kita dapat mula mengubah pemikiran masyarakat. Sedikit demi sedikit, kita dapat beralih daripada ketaksuban kita terhadap pusat beli belah seperti hari ini, dan membayangkan masa depan di mana lebih banyak ruang-ruang terbuka di bandar dapat dijadikan tempat untuk berekreasi dan aktiviti ekonomi.

Bagi pemerkasaan ekonomi terutamanya golongan belia, kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah utama untuk menawarkan laluan yang pelbagai untuk seseorang mengecapi kejayaan menerusi pembangunan profesion berasaskan kemahiran. Secara umum, belanjawan ini menggariskan langkah-langkah termasuk RM7.8 bilion untuk memperkukuh Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), RM30 juta untuk Program Belia Kreatif MADANI, dan RM100 juta untuk menaik taraf pusat penjaja, gerai makanan, dan pasar.

Secara keseluruhannya, Belanjawan 2025 memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan MADANI untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat dalam pada pentadbiran ini melepasi ulangtahunnya yang kedua tidak lama lagi.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation