Julang Semangat Perpaduan Komuniti dalam Acara Sukan dan Permainan

Spread the love

Oleh : Suraya Binti Ramli dan Nur Anisah Binti Mohd Isnin

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam Hari Sukan Negara 2024 (HSN) Peringkat SMK Kota Masai

Pasir Gudang – SMK Kota Masai (SKOMAS) sekali lagi menzahirkan semangat perpaduan dan kecergasan fizikal melalui sambutan Hari Sukan Negara yang diadakan dengan penuh kemeriahan. 

Acara yang berlangsung di perkarangan sekolah ini berjaya mengumpulkan pelajar, guru,dan staf sekolah dalam pelbagai aktiviti sukan, memperkukuhkan semangat kesukanan dan hubungan antara warga sekolah.

 Seramai lebih 700 peserta yang terdiri daripada pelajar dan warga kerja SMK Kota Masai mengambil bahagian dalam Hari Sukan Negara 2024 (HSN)  yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Program anjuran Unit Kokurikulum dan Sukan itu diadakan bagi menyemarakkan lagi budaya ekosistem sukan dan rekreasi di kalangan warga sekolah.

Penolong Kanan Kokurikulum, Yatiman Bin Kamsidin berkata, Hari Sukan Negara merupakan satu langkah kerajaan untuk membudayakan amalan hidup sihat dan meningkatkan perpaduan dalam masyarakat melalui pendekatan aktiviti sukan dan rekreasi.

“Acara 5KM Brisk Walk kali ini menjadi spotlight dalam penganjuran HSN 2024 peringkat sekolah kali ini. Tidak hanya menyihatkan badan, tetapi Brisk Walk ini juga menjadi medan untuk para pendidik lebih dekat dengan pelajar untuk berjalan seiring dan melestarikan keindahan sosial serta meningkatkan perpaduan yang utuh” katanya.

Inisiatif penganjuran Hari Sukan Negara membawa satu warna dan impak yang positif dalam memperkasakan masyarakat untuk lebih peka mengamalkan gaya hidup sihat.

Seramai lebih 700 peserta yang menyertai Hari Sukan Negara anjuran SMK Kota Masai

Dalam pada itu, Pengetua SMK Kota Masai, Saridah Binti Abdul Majid juga menyatakan bahawa penganjuran aktiviti kokurikulum pastinya memainkan peranan yang sangat besar dalam kecemerlangan pelajar.

“Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum membawa impak yang positif dalam mewujudkan jati diri pelajar yang aktif, berdaya saing, holistik dan membantu membuka minda untuk terus fokus mencapai kecemerlangan.”

Hari Sukan Negara memberi ruang untuk masyarakat terus menyelami budaya sihat sekaligus berpegang teguh kepada perpaduan yang dibina serta memperatkan tali persaudaraan sesama warga komuniti untuk terus hidup dalam harmoni dan sejahtera.

Aktiviti senamrobik dan pemanasan badan sebelum acara 5KM Brisk Walk

SKOMAS pastinya akan terus menyabut seruan kementerian dalam menyemarakkan perpaduan, menanamkan gaya hidup sihat dan memupuk nilai kesukanan dalam kalangan pelajar melalui sambutan Hari Sukan Negara serta menjadi dorongan untuk terus mempromosikan budaya sukan dan gaya hidup sihat kepada generasi akan datang.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation