DEBx Medical Mendapatkan Pelaburan Tambahan daripada TVM Capital Healthcare

Spread the love

Memacu Fasa Inovasi Seterusnya dalam Pengurusan Luka Kronik

DEBx Medical dijangka bersedia untuk pertumbuhan pesat dalam penyelesaian luka kronik, dipacu oleh pelaburan kedua oleh TVM Capital Healthcare.

AMSTERDAM dan DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, Nov. 13, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — DEBx Medical, inovator perintis yang berpangkalan di Amsterdam, mengumumkan kejayaan pelengkapan pelaburan modal kedua yang diterajui oleh TVM Capital Healthcare. Pendanaan ini akan memacu pengembangan global DEBx Medical ke pasaran utama di seluruh dunia.

Pelaburan ini merupakan susulan kepada pendanaan pertama yang berjaya dan menggambarkan kepercayaan yang meningkat kepada pendekatan inovatif DEBx Medical terhadap pengurusan luka kronik, terutamanya menerusi penyelesaian cemerlang mereka, DEBRICHEM®, agen pengeringan topikal yang digunakan untuk menghapuskan biofilem dan jangkitan daripada luka kronik.

Pengembangan Pasaran Global untuk Mentransformasikan Penjagaan Luka Kronik

Pelaburan kedua ini akan menyokong strategi syarikat untuk berkembang ke pasaran yang diselia ketat dan kompetitif, seterusnya menyokong misi DEBx Medical untuk mentransformasikan pengurusan luka kronik dan meningkatkan pemulihan pesakit.

Luka kronik menyebabkan beban yang besar pada sistem penjagaan kesihatan di serata dunia, bukan sahaja kerana ia mudah terjadi, tetapi juga kerana kos, komplikasi dan kesan yang berkaitan terhadap kualiti hidup pesakit.

DEBRICHEM® menawarkan penyelesaian tanpa tandingan yang menghapuskan sepenuhnya biofilem dan jangkitan daripada luka kronik, serta dengan pensijilan CE dan ISO yang diterima, syarikat juga telah berjaya merawat ribuan pesakit semenjak ia diperkenalkan kepada pasaran.

Perspektif Pelabur

“Pendanaan daripada TVM Capital Healthcare yang diperbaharui ini akan memacu pengkomersilan DEBRICHEM® di serata dunia dan akan membolehkan DEBx Medical merawat lebih ramai pesakit dan mengurangkan penderitaan yang disebabkan oleh luka yang tidak sembuh”, ujar Tristan de Boysson, Rakan Kongsi Pengurusan TVM Capital Healthcare. “Kami juga komited semula ke strategi TVM Healthcare Afiyah Fund untuk membawakan penyelesaian inovatif ke rantau MENA, terutamanya di Arab Saudi dan tidak sabar untuk bekerja dengan pasukan hebat ini dalam mencapai objektif tersebut.”

Pelaburan diperbaharui TVM Capital Healthcare akan membolehkan lagi DEBx Medical mengembangkan usaha pengkomersilan mereka.

“Kami teruja untuk mengambil langkah penting ini dalam perjalanan DEBx Medical ke arah pengembangan global”, ujar Bert Quint, CEO DEBx Medical. “Pelaburan kali ini akan membolehkan kami memasuki pasaran utama di serata dunia, yang beban luka kronik kekal ketara. Sokongan pelabur kami merupakan pengesahan kukuh tentang potensi produk kami untuk mentransformasikan amalan penjagaan luka di serata dunia.”

Memacu Inovasi dalam Penjagaan Luka

DEBRICHEM® telah pun meninggalkan kesan yang besar di Eropah dan sebahagian rantau MENA, termasuk KSA, menawarkan profesional penjagaan kesihatan penyelesaian yang berkuasa untuk merawat luka kronik. Produk tersebut telah menunjukkan hasil yang menakjubkan dalam membantu memulakan semula proses penyembuhan pada luka yang dihalang oleh biofilem dan jangkitan.

Pertumbuhan dan Pembangunan Masa Depan

Tambahan kepada pengembangan capaian global syarikat, DEBx Medical merancang untuk terus memajukan usaha penyelidikan dan pembangunan mereka untuk memperkenalkan penyelesaian baharu dalam penjagaan luka. Fokus syarikat terhadap data klinikal dan ubat berdasarkan bukti akan kekal sebagai daya pemacu, sementara terus meluaskan portfolio produk dan menangani keperluan yang belum dipenuhi dalam rawatan luka kronik.

Perihal DEBx Medical

DEBx Medical berdedikasi dalam mentransformasikan penjagaan luka menerusi penyelesaian yang inovatif dan dipacu secara saintifik. Diasaskan pada 2019, misi syarikat untuk meningkatkan kehidupan pesakit dengan luka kronik dengan menyediakan profesional penjagaan kesihatan dengan alat perintis untuk merawat luka kompleks secara efektif. DEBRICHEM®, produk andalan syarikat, merupakan ejen pengeringan topikal yang menyingkirkan biofilem dan jangkitan, mengakibatkan penyembuhan luka yang lebih cepat dan lebih efisien. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati: DEBx Medical – Innovating The Future of Wound Care (debx-medical.com)

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation