Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda berhampiran Pantai California Utara pada jam 2:44 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian
: 2:44 pagi, 6 Disember 2024
Koordinat
: 40.8° Utara 124.2° Barat
Lokasi
: Berhampiran Pantai California Utara
Magnitud
: 6.9
Jarak
: 366km Barat Laut dari San Francisco, USA
Kedalaman
: 66 km
“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.
Be the first to leave a comment