KOTA KINABALU, 7 Disember – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yakin kementeriannya dapat mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan tahun 2024.
Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan semangat kerja berpasukan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua warga kementerian dan agensi-agensi di bawah kementeriannya selama ini.
“Saya sangat menghargai kebersamaan berpasukan, dedikasi dan passion warga kerja KUSKOP selama dua tahun saya di kementerian ini yang telah mencetuskan banyak kebaikan kepada negara dan pemegang taruh kementerian iaitu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan penutupan Retreat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) – Perancangan Strategik Tahun 2025, di Pasific Sutera, di sini, semalam.
Turut hadir Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Noor Afifah Abdul Razak dan ketua-ketua agensi kementerian.
Ewon berkata, beliau bangga kerana dalam tempoh dua tahun menerajui kementerian itu, banyak kejayaan telah dicapai dalam usaha meningkatkan lagi pencapaian usahawan dan koperasi di negara ini.
“Saya nyatakan rasa bangga kerana pasukan KUSKOP is a ministry that always made it happen – sentiasa mencari ikhtiar untuk menjayakan segala inisiatif yang telah dirancang terutama yang baharu.
“Ia bukan hanya terserlah melalui pencapaian KPI tetapi juga melalui testimoni kejayaan oleh pemegang taruh KUSKOP termasuklah laporan prestasi PMKS negara,” katanya.
Bagaimanapun beliau berharap agar warga kerja KUSKOP dan agensi-agensi terus membuat pertimbangan akal budi di sebalik ketelitian melaksana akta dan prosedur yang ditetapkan.
“Saya berharap warga kerja kementerian dan agensi-agensi membuat pertimbangan akal budi (common sense approach) di sebalik ketelitian melaksana akta dan prosedur berasaskan kepada semangat we must facilitate, not to frustate and we do the right things the right way.
“Sementara kita bertegas dalam menguatkuasakan perundangan yang berada dalam kawalan kementerian, kita juga harus bertanggungjawab dan mencari jalan bagiamana mempermudahkan urusan para usahawan,” katanya.
Lima daripada enam KPI yang ditetapkan kementerian pada tahun ini berjaya mencapai sasaran iaitu pencapaian 100 peratus dalam tempoh Januari hingga awal Disember 2024.
Daripada 204 program yang dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun ini, 185 program telah dilaksanakan dan 19 program yang masih dalam fasa pelaksanaan dan dijangka selesai pada akhir Disember 2024
Setakat 5 Disember ini, KUSKOP berjaya mencapai 89.9 peratus KPI 2024 dan yakin dapat mencapai 93 peratus sehingga hujung tahun ini serta mencapai semua sasaran KPI ditetapkan. Berdasarkan pencapaian itu, Ewon yakin perancangan strategik 2025 KUSKOP dapat dijayakan seperti yang dicapai pada tahun ini dan tahun sebelumnya
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment