Oleh: Parlimen Malaysia
1) Saya meneliti laporan media mengenai siasatan polis ke atas pereka grafik, Fahmi Reza di bawah beberapa undang-undang termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
2) Menurut Fahmi Reza, grafik yang disiasat adalah satu bentuk satira dan satira tidak wajar dijenayahkan. Jelas bahawa keputusan Kerajaan untuk membentangkan RUU pindaan terhadap Akta 588, yang antara lain mengeluarkan satira dan parodi daripada elemen ‘palsu’ dalam Seksyen 233(1), adalah suatu langkah yang diperlukan dan akan membuka ruang demokrasi yang lebih luas untuk karya seni dan sastera.
3) Seperti umum sedia maklum, RUU Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 9 Disember 2024 dan Dewan Negara pada 16 Disember 2024. Kelulusan Parlimen bagi RUU ini memberikan mesej jelas mengenai keperluan melindungi satira dan parodi. Akan tetapi, pindaan-pindaan tersebut masih belum berkuatkuasa.
4) Sementara menunggu proses perkenan diraja, pewartaan dan penentuan tarikh kuatkuasa bagi pindaan-pindaan tersebut, suatu moratorium wajar dikenakan ke atas apa-apa siasatan dan pendakwaan di bawah Seksyen 233(1) Akta 588 berkait karya satira dan parodi.
5) Oleh kerana karya satira dan parodi masih terangkum bawah elemen ‘palsu’ dalam Seksyen 233(1) Akta 588 buat masa ini dan pindaanpindaan yang diluluskan tidak mempunyai kesan retrospektif, moratorium yang dicadangkan adalah untuk menghormati penzahiran niat perundangan (legislative intention) dalam meluluskan RUU pindaan tersebut.
6) Pihak berkuasa juga diingatkan bahawa setiap rakyat Malaysia berhak ke atas kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Hak ini hanya boleh disekat melalui undang-undang sekiranya ia menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment