KUALA LUMPUR, 20 Disember 2024 – Dalam dunia yang sarat dengan kisah-kisah visual, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan Fujifilm Malaysia menjemput jurufoto dari seluruh negara untuk berkongsi kreativiti masing-masing.
Sebagai tribut kepada semangat visionari kedua-dua jenama itu, pertandingan Volkswagen Shutter Stories yang dikuasakan oleh Fujifilm Malaysia kini terbuka kepada seluruh rakyat dan penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas.
Bermula sekarang hingga 5 Januari 2025, pertandingan yang menarik ini menjemput para jurufoto untuk untuk menghantar satu foto bagi setiap lima kualiti utama Volkswagen: VW Love, VW Adventure, VW Motion, VW People, dan VW Colours & Life. Dua daripada lima penyertaan itu mestilah menampilkan model Volkswagen.
Pemenang Hadiah Utama akan membawa pulang hadiah kontrak sebagai jurufoto retainer Volkswagen di Malaysia selama setahun, sebuah kamera Fujifilm dan set lensa bernilai RM7,000 serta baucar tambahan Fujifilm sebanyak RM3,000 jika beliau ialah pengguna Fujifilm. Pemenang Hadiah Utama juga akan memenangi program bimbingan oleh jurufoto automotif terkenal, Aaron Lee.
Pemenang hadiah kedua dan ketiga pula akan memenangi kamera Fujifilm instax Mini 99 bersama filem (bernilai RM1,200) dan Fujifilm instax Pal (bernilai RM588), selain barangan eksklusif Volkswagen dan sesi pandu uji lanjutan.
Terdapat juga kategori “Anugerah Pilihan Ramai” yang ditentukan oleh undian orang awam di media sosial. Pemenang yang dipilih akan menerima pelbagai barangan eksklusif Volkswagen.
Para finalis yang disenarai pendek akan dinilai oleh wakil-wakil daripada VPCM, Fujifilm dan Aaron. Pemenang bakal diumumkan dalam satu majlis khas tahun depan.
“Volkswagen ialah satu jenama yang ikonik dan sangat disayangi – bukan sahaja oleh pemilik yang mempunyai hubungan mendalam dengan kereta mereka, malah oleh jutaan lain yang telah merasai keseronokan dan hubungan emosi yang diberikan oleh produk-produk kami. Jadi, pertandingan foto seperti ini yang bermatlamat untuk merakam serta meraikan cinta, keindahan dan pengembaraan dilihat sangat sesuai untuk menggambarkan apa yang dipegang oleh jenama ini,” kata Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev. Beliau akan menjadi salah seorang juri dalam kerjasama pertama di antara Volkswagen dan Fujifilm Malaysia.
“Fujifilm berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Volkswagen Malaysia untuk melancarkan pertandingan fotografi Volkswagen Shutter Stories. Kerjasama ini merupakan gabungan yang sempurna dari segi inovasi, kreativiti dan kecemerlangan automotif. Kami percaya bahawa fotografi mempunyai kuasa untuk menyampaikan cerita. Kami sangat teruja untuk melihat bagaimana peserta akan merakam semangat Volkswagen menerusi lensa mereka.“
“Peluang untuk memenangi kamera Fujifilm yang canggih, mendapat bimbingan daripada pakar industri dan bekerja dengan Volkswagen sememangnya sangat memberi inspirasi. Justeru, kami menggalakkan para peminat fotografi supaya merebut peluang ini untuk menonjolkan bakat mereka dan menjadi sebahagian daripada perjalanan yang mengujakan ini,” kata Pengarah Urusan FUJIFILM Malaysia, Kensuke Aragane.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment