Nikmati Keajaiban Salji di Spritzer EcoPark Festive Wonder Carnival 2024

Spread the love

“Winter Wonderland” versi tropika yang mesra keluarga menanti anda sempena musim perayaan ini

Pokok Krismas Spritzer EcoPark dan hiasan warna-warni membawa keceriaan bagi para pengunjung di musim perayaan ini

Taiping, 26 Disember 2024 – Sempena musim perayaan ini, Spritzer EcoPark mengundang kehadiran dari semua peringkat umur ke acara tahunan yang dinanti-nantikan, Festive Wonder Carnival 2024, untuk merasai keajaiban musim sejuk di kawasan tropika. Tarikan utama karnival ini ialah sesi hujan salji, yang menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung. Karnival tersebut berlangsung setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam sehingga 5 Januari 2025, menjadikannya destinasi wajib dikunjungi  oleh keluarga dan rakan-rakan yang ingin menikmati kemeriahan perayaan dan mencipta kenangan manis bersama.

Festive Wonder Carnival turut menawarkan pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk semua. Bagi yang gemarkan cabaran, mereka boleh mencuba pengalaman menaiki LED Paddle Kart, manakala peminat golf boleh mengasah kemahiran mereka di lapangan Mini Golf 18 lubang. Pengunjung yang ingin mencungkil kreativiti boleh menyertai aktiviti DIY dan kraf tangan, di mana mereka boleh menghasilkan seni reka sendiri. Selain itu, keluarga yang berkunjung bersama anak-anak boleh mengambil bahagian dalam pelbagai permainan mini yang menawarkan cabaran menarik serta hadiah-hadiah yang menyeronokkan. Kemasukan ke Spritzer EcoPark dan sesi hujan salji adalah percuma, sementara aktiviti lain dikenakan caj nominal yang berpatutan.

Untuk makanan dan minuman ringan, pelbagai pilihan disediakan di tapak karnival, atau pengunjung boleh menikmati hidangan di dalam suasana selesa di STG Café yang menyajikan hidangan EropahAsia yang lazat. Antara menu istimewa sempena musim perayaan ini ialah seperti Ayam Panggang Bersalut Madu. Lebih menarik lagi, pengunjung berpeluang mendapatkan produk-produk Spritzer pada harga promosi istimewa yang hanya ditawarkan sepanjang karnival ini berlangsung.

Ketua Perhubungan Awam Spritzer, Winnie Chin berkata, “Festive Wonder Carnival 2024 melambangkan semangat musim perayaan, iaitu keriangan, kebersamaan, dan keceriaan. Kami amat teruja untuk menganjurkan acara ini yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dinikmati bersama keluarga, rakan-rakan, dan semua pengunjung. Dari sesi hujan salji hingga ke aktiviti menyeronokkan dan hidangan istimewa, ada sesuatu untuk anda semua. Sempena cuti sekolah ini, kami menjemput anda sekeluarga untuk meluangkan masa di Spritzer EcoPark dan mencipta memori indah yang akan dikenang selamanya.”

Spritzer EcoPark, yang terletak di bandar Taiping, bukan sahaja menawarkan pengalaman karnival yang menarik, tetapi juga keindahan alam semula jadi dan sejarah yang menakjubkan. Pengunjung boleh menikmati keindahan kawasan ini melalui Tree Tag Walkabout yang mendamaikan atau menerokai Cactus Rock, formasi batu purba yang berusia lebih 214 juta tahun.

Spritzer EcoPark dibuka setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 9:30 malam. Untuk acara khas, waktu operasi taman akan dilanjutkan mengikut jadual acara tersebut. Lokasi kami adalah di Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000 Taiping, Perak.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation