KOTA BELUD, 30 Disember – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick melancarkan mesin ATM Bank Rakyat di Taginambur, di sini untuk memberikan kemudahan kepada rakyat Kadamaian.
Mesin ATM Bank Rakyat yang terletak di Tag Valley Taginambur Kota Belud itu adalah yang pertama di kawasan Kadamaian dan keenam di seluruh Kota Belud.
Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, pengwujudan mesin ATM Bank Rakyat di kawasan Kadamaian bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk setempat tetapi dapat merancakkan sektor ekonomi kawasan ini.
“Ini adalah mesin ATM Bank Rakyat di kawasan Kadamaian dan sememangnya sudah lama ditunggu-tunggu oleh masyarakat Kadamaian.
“Mereka tidak perlu lagi ke Pekan Kota Belud untuk mengeluarkan wang daripada mesin
ATM kerana, ia sudah ada di kawasan Pekan Taginambur,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis ringkas pelancaran Mesin ATM Bank Rakyat di dalam premis Tag Valley, di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(KUSKOP) Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud dan ketua-ketua agensi KUSKOP.
Sementara itu seorang penduduk Kg.Tambulaung, Johnny Gilong menyambut baik pengwujudan mesin ATM Bank Rakyat di Tag Valley dan menyifatkannya sebagai satu perkembangan besar bagi Kadamaian.
“Ini satu perkembangan yang besar kerana selama ini belum ada mesin ATM Bank Rakyat di kawasan ini.
“Terima kasih kepada Bank Rakyat, terutamanya ADUN Kadamaian atas inisiatif menyediakan kemudahan yang amat diperlukan penduduk bukan sahaja kawasan Taginambur tetapi Kadamaian, Kota Belud.
“Taginambur sejauh 16km dari Pekan Kota Belud dan tidak perlu lagi kami ke sana setakat untuk mengeluarkan wang, kerana Taginambur pun sudah ada Mesin ATM,” katanya.
Penduduk Kg.Kiau Sharon Lun Johny dan Bshenichie Faungin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Bank Rakyat kerana menyediakan perkhidmatan Mesin ATM di kawasan Kadamaian.
“Saya percaya ini adalah usaha YB Datuk Ewon yang begitu prihatin terhadap keperluan masyarakat Kadamaian.
“Ia bukan sahaja memudahkan penduduk setempat untuk mengeluarkan duit di Mesin ATM tetapi juga kepada para pelancong dan pengunjung di sini,” katanya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment