Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi
Skena bola sepak akar umbi daerah Muallim, Perak semakin aktif dan meriah apabila Kelab Proton Tanjung Malim sekali lagi menganjurkan Kejohanan Bola Sepak bawah 16 tahun pada 28 dan 29 Disember 2024 yang melibatkan 18 kelab pembangunan dan akademi bola sepak dari seluruh negara.
Sebelum ini, Kelab Proton Tanjung Malim menganjurkan liga pembangunan bola sepak akar umbi yang melibatkan atlet bawah 12 tahun pada awal Ogos yang lalu.
Presiden Kelab Proton Tanjung Malim, Hassan Subli, menyatakan bahawa penganjuran kejohanan ini adalah sebagai satu inisiatif untuk membangunkan budaya sukan bola sepak yang meriah dan menjadi platform terbaik untuk mencungkil potensi atlet-atlet muda yang mampu berkompetisi di peringkat yang lebih tinggi.
“Penganjuran ini untuk memberi ruang kepada atlet-atlet muda untuk menunjukkan bakat mereka sekali gus menaikkan lagi semarak sukan dalam masyarakat untuk bersama membangun kecemerlangan bola sepak negara,” katanya.
Turut hadir merasmikan kejohanan adalah Pengarah Urusan SHJ Group Ventures Sdn Bhd, Haris Anuar.
Beliau menyatakan sokongannya terhadap inisiatif murni dalam melestarikan budaya sukan di peringkat akar umbi supaya lebih ramai atlet yang berdaya saing, aktif serta cemerlang dilahirkan tidak hanya dalam bidang sukan malah akademik juga.
“Dengan industri bola sepak negara kita ini semakin berkembang, pastinya kejohanan sukan yang melibatkan pembangunan akar umbi perlu terus dilestarikan dan disokong.”
“Inisiatif yang dijalankan oleh ahli Kelab Proton Tanjung Malim dan barisan pegawai dari Akademi Tanjum Malim Thunder memanfaatkan segala ruang dan fasiliti yang ada di Kompleks Sukan Proton ini secara tidak langsung membuka peluang kepada atlet menyerlahkan kebolehan dan terus menyokong industri bola sepak negara sekali gus mempromosikan keindahan Muallim dengan segala keindahan flora dan faunamnya,” ujarnya.
Edisi kali ini menyaksikan Kelab Asthonian FC yang berasal dari Johor tampil cemerlang apabila mendominasi keseluruhan anugerah kejohanan.
Asthonian FC membawa pulang trofi kejuaraan dan wang tunai sebanyak RM1200 apabila dinobat sebagai Juara menewaskan Kelab BBC United yang berasal dari Johor di laga final dengan agregat 3-0.
Tiga orang pemain Asthonian FC membolot anugerah individu apabila Muhammad Ariq Buddrishah Ezwandy, Muhammad Aqil Isyraf Khairul Hisyam dan Muhammad Syazmie Hamdan merangkul Anugerah Penjaring Gol Terbanyak, Anugerah Penjaga Gol Terbaik dan Anugerah Pemain Paling Bernilai sepanjang kejohanan.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment