• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Penubuhan pasukan petugas jenayah siber ASEAN kekang jenayah siber – Zahid

Spread the love

PUTRAJAYA 20 Januari 2025 – Penubuhan pasukan petugas jenayah siber Asean seperti Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengekang jenayah siber di negara-negara serantau, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kredit Foto : Halaman X TPM

Beliau berkata ini bagi memudahkan perkongsian maklumat risikan dan kerjasama dalam menangani ancaman digital dengan lebih berkesan.

“Sepanjang tahun lalu, Malaysia melaporkan kerugian kewangan lebih daripada RM1.22 bilion akibat jenayah siber dan berjaya mengesan berjuta-juta ancaman siber.

“Ini mengukuhkan keperluan untuk mempertingkatkan daya tahan siber dan langkah keselamatan siber secara lebih proaktif.” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Peluncuran dan Perasmian Pameran Ekspo dan Sidang Kemuncak Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25).

Dalam pada itu, Zahid turut menggesa semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang, dan pemimpin industri untuk mengambil tindakan tegas dalam beberapa perkara antaranya kepolisan berasaskan kecerdasan buatan (AI).

“Kita mesti melaksanakan perancangan kepolisan berasaskan AI dan pemantauan bandar secara masa nyata untuk proaktif mengesan dan mencegah ancaman keselamatan.

“Kedua, penubuhan sistem pengesahan identiti berasaskan rantaian blok di peringkat kebangsaan adalah penting untuk melindungi transaksi dalam talian dan mengurangkan penipuan identiti,” katanya.

Tambah Zahid, usaha itu perlu turut melibatkan perkongsian awam-swasta bagi memperkukuh keselamatan siber, memperbaiki perkongsian maklumat risikan, dan mempercepatkan respons terhadap ancaman melalui kerjasama antara kerajaan, syarikat korporat, dan firma teknologi.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation