• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

TINJAUAN MENGEJUT HARGA BARANG DAN BEKALAN DI HYPERMARKET NSK KUCHAI LAMA, KUALA LUMPUR.

Spread the love

KUALA LUMPUR, 5 Disember 2022- Hari ini setelah clock-in dan majlis serah tugas, Datuk Seri Salahuddin Ayub terus membuat keputusan untuk melawat sebuah hypermarket di NSK Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Tujuan walkabout hari ini adalah untuk meninjau keberadaan bekalan dan harga barangan terpilih di pasaran. Semasa lawatan tersebut, didapati keberadaan barang keperluan mencukupi dan stabil. Barangan seperti telur mendapat permintaan yang tinggi semasa tinjauan dilakukan.

Pengguna diseru untuk bersama-sama kerajaan untuk tidak membuat pembelian panik dalam memastikan bekalan barangan keperluan stabil di pasaran dan tiada unsur pencatutan (profiteering) dalam penentuan harga. Pengguna juga diminta menjadi mata dan telinga kerajaan dengan membuat aduan yang lengkap menggunakan pelbagai saluran aduan yang telah disediakan.

Turut hadir, Datuk Azman Mohd Yusof- Ketua Setiausaha KPDNKSH, Datuk Roziah Abudin-Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), Datin Roszanina Wahab-Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna), Tuan Azman bin Adam-Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNKSH, Pengarah-pengarah Bahagian, Ketua-ketua Agensi dan Pengarah-Pengarah Negeri.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation