PUTRAJAYA, 28 DISEMBER 2022 – Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (KM) menerima kunjungan hormat Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah di pejabat beliau semalam.
Menurut KM dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, KPKT sebagai pihak berkuasa negeri yang bertanggungjawab ke atas PBT termasuk DBKL, mengalu-alukan kedatangan rombongan beliau dan menghargai usaha gigih DBKL utk terus membangunkan ibu kota.
“Kami berbincang secara konstruktif tentang bagaimana ibu kota negara Kuala Lumpur dapat terus menjadi kebanggaan warga kota secara khas dan rakyat Malaysia secara umumnya.” kata KM.
Antara 5 perkara yang saya bangkitkan kepada Datuk Bandar KL termasuk :
1. Mesyuarat Tetap Bulanan di antara Datuk Bandar dan Ahli-ahli Parlimen
“Wakil rakyat adalah jambatan penghubung antara agensi kerajaan dan rakyat marhaen. Amatlah penting Datuk Bandar dan pihak pengurusan tertinggi DBKL mendengar dan berbincang dengan wakil-wakil rakyat untuk mencari jalan mengatasi masalah yg timbul demi kesejahteraan warga Kuala Lumpur, oleh itu mesyuarat tetap bulanan wajib diadakan mulai Januari, 2023.” kata KM.
2. Masalah banjir kilat
Menurut KM, atas permintaan beliau, DBKL telah mengenalpasti 25 kawasan-kawasan “Hot spot” banjir kilat supaya mencari jalan mengatasi masalah kronik yang merungsingkan rakyat sekaligus menjejaskan imej KL.
“Saya menegaskan Projek tebatan banjir dan kerja-kerja penyelenggaraan sistem perparitan perlu di beri perhatian khusus dan keutamaan. Tindakan segera wajib diambil khususnya sempena musim tengkujuh yang kini sedang melanda negara kita.” kata KM.
3. Peningkatan kerja pencahayaan di kawasan perlancongan dan meraikan kepelbagaian budaya
Sebagai ibu kota, KL perlu mengindahkah beberapa kawasan strategik khususnya kawasan yang menjadi tumpuan perlancong seperti di Bukit Bintang Walk, Petaling Street, KLCC dan lain-lain.
“DBKL digalakkan mengadakan kerjasama bersama pihak swasta supaya tempat-tempat strategik ini setaraf dengan jalan-jalan ikon bandaraya di dunia seperti Oxford Street di London, Orchard Road di Singapore dan Ginza Street di Tokyo.
Pemasangan lampu hiasan LED yang menjadi tumpuan pelancong wajar diadakan pada setiap musim perayaan termasuk Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali dan Hari Krismas supaya ia benar-benar sepadan dengan slogan pelancongan negara: “ Malaysia, truly Asia”.” kata KM.
4. Kerja pembersihan dan Pemerkasaan PBT
Jalan yang rata, lampu LED yg terang bercahaya dan longkang yang bersih adalah hasrat umum rakyat marhaen dan tugas hakiki ini wajib dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
“Saya telah minta DBKL bukan saja memantau kerja-kerja konsesi tetapi pada masa yang sama memperkasakan PBT supaya KL dapat menjadi sebuah bandar raya yang bersih, indah, hijau dan mesra pengguna.” ujar KM.
5. Trek jogging dan laluan basikal wajar dirancang untuk memupuk budaya hidup sihat dan cergas.
Mengikut statistik KKM, 54% rakyat Malaysia mempunyai masalah obesiti. Amat penting bagi DBKL ketika di peringkat awal perancangan pembangunan untuk mengambil kira pembinaan trek jogging dan laluan basikal untuk memupuk gaya hidup yang sihat dan cergas.
“Saya yakin DBKL akan mengambil langkah-langkah segera untuk mencari penyelasaian terbaik untuk meningkatkan lagi nama ibu kota negara kita menjelang tahun baharu 2023 ini.” kata KM.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment