KUCHING, 21 FEBRUARI 2023 – Usaha pemodenan sektor agromakanan adalah pemangkin bagi menarik minat bakat muda menceburi bidang tersebut dan seterusnya mengalakkan penjanaan peluang pekerjaan di Sarawak.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) YB Chan Foong Hin berkata demikian ketika kunjungan hormat ke atas Menteri Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), YB Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, di pejabatnya di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini.
Kunjungan ini adalah bersempena lawatan sulung YB Chan Foong Hin ke Sarawak sejak dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 9 Disember 2022. Pertemuan ini penting bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam mengeratkan kerjasama strategik Kementerian di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Wilayah Sarawak dalam memastikan keterjaminan makanan negara.
Chan turut menekankan bahawa pembangunan industri asas tani bakal menambah nilai eksport didorongi oleh usaha meneroka pasaran antarabangsa, terutamanya Asia Tenggara, selain memperkasa keterjaminan makanan dalam negara.
Memahami pentingnya mengangkat autonomi Sarawak, MAFS berharap kerjasama lebih erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak di setiap peringkat dalam membangunkan sektor pertanian dapat dilakukan.
Kedua-dua pihak bersedia untuk memberikan komitmen bagi memperkukuhkan bekerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya perkongsian data dan maklumat pertanian, pemasaran produk tempatan ke pasaran antarabangsa dan pemantapan program latihan pertanian dan program Agropreneur Muda.
Pertemuan ini turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan dan Agensi MAFS.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment