LANGKAWI, 22 Mei – Sebanyak empat buah kapal dan dua buah helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal dipertontonkan dalam pemeriksaan armada (Fleet Review) sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang akan diadakan di Pulau Langkawi bermula dari 23 hingga 27 Mei 2023 nanti.
Sebagai salah satu acara yang menjadi tarikan seluruh dunia, Maritim Malaysia yang memasuki edisi ketujuh penyertaannya turut bakal menyajikan demonstrasi menyelamat di kapal yang akan dikendalikan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia (STAR TEAM) bagi memperlihatkan bagaimana agensi ini melaksanakan tugas dalam situasi sebenar khususnya yang melibatkan serangan bersenjata oleh pihak penjenayah di laut seperti rompakan atau aktiviti jenayah di laut yang lain.
Selain dipertontonkan kepada umum aksi-aksi yang menarik, Maritim Malaysia turut terlibat dalam pameran statik dengan membawa aset milik agensi seperti bot Benteng dan Jet Ski di Resort World Langkawi (RWL) di samping reruai terbuka yang menampilkan maklumat berkaitan agensi ini selain pameran senjata serta teknologi terkini yang digunapakai oleh anggota ketika menjalankan tugas.
Disamping program pameran di Resort World Langkawi, Maritim Malaysia turut membuka reruai di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) pada tarikh yang sama. Mengetengahkan rekaan haluan kapal sebagai inspirasi binaan pada kali ini, para pengunjung yang hadir ke reruai berkenaan akan dapat merasai suasana berada di atas kapal sebenar. Malah antara aktiviti yang dijangka bakal mencuri tumpuan pada reruai pameran Maritim Malaysia pada kali ini adalah virtual reality atau VR.
VR yang disediakan ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat dari perspektif seorang anggota Maritim Malaysia yang sedang bertugas melaksanakan operasi penguatkuasaan di atas bot serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari udara menggunakan kaedah winching.
Sebagai platform terbaik dalam menjalinkan hubungan antara negara-negara yang terlibat melalui sesi kunjungan hormat, LIMA’23 turut menjadi platform kepada Maritim Malaysia dalam menjalinkan kerjasama dengan sektor komersial sama ada syarikat tempatan mahupun antarabangsa dalam mendapatkan teknologi terkini khususnya dari aspek keselamatan dan penguatkuasaan di laut.
Secara keseluruhannya, penyertaan Maritim Malaysia dalam LIMA’23 membantu mempamerkan keupayaan dan kesiagaan Malaysia dalam aspek keselamatan maritim dan operasi mencari dan menyelamat (SAR), serta memberi peluang kepada pihak Maritim Malaysia untuk membina hubungan dengan organisasi lain dalam industri maritim dan aeroangkasa.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment