Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini telah merasmikan Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan Sempena Hari Penguat Kuasa KPDN Ke 51 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan Tahun 2023 bagi anggota dan pegawai penguat kuasa KPDN lantikan baharu.
Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan Sempena Hari Penguat Kuasa KPDN Ke 51 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan Tahun 2023 kali ini telah diadakan di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka yang turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Kementerian serta warga kerja KPDN.
Menurut Salahuddin, tarikh 17 April setiap tahun merupakan tarikh keramat buat warga kerja Bahagian Penguat Kuasa KPDN kerana Bahagian Penguat Kuasa KPDN secara rasminya telah ditubuhkan pada tarikh tersebut.
Pada tahun ini tema sambutan yang dipilih adalah Profesional Tegas Berintegriti.
Tambah Salahuddin, pada hari ini juga telah diadakan Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan Tahun 2023 bagi pengambilan sesi tahun 2022 yang melibatkan seramai 138 orang pegawai lantikan baharu dan pegawai yang dinaikkan pangkat secara lantikan (KPSL) yang telah bermula pada 1 Jun 2023 sehingga 17 Julai 2023 iaitu selama 47 hari.
“Penekanan telah diberikan kepada pegawaipegawai lantikan baharu berkenaan aspek fizikal seperti latihan kawad, latihan jasmani, latihan menembak dan sahsiah diri seperti disiplin dan integriti. Di samping itu, mereka juga telah didedahkan dengan pengetahuan berhubung perundangan yang dikuatkuasakan serta Standard Operation Procedure (SOP) yang digunapakai dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan yang merangkumi elemen 6P iaitu Perisikan, Pemeriksaan, Penyiasatan, Pendakwaan, Pengendalian Ekshibit dan Pengurusan Penguatkuasaan.
Kursus dan latihan seumpama ini amat penting bagi penjawat awam terutamanya bagi lantikan baharu khususnya bagi anggota dan pegawai penguat kuasa KPDN kerana penjawat awam yang berilmu pengetahuan dan berkualiti tinggi merupakan aset penting dalam memacu kejayaan sesebuah organisasi dan Negara. Sifat amanah, telus, bertanggungjawab dan berkhidmat demi kepentingan awam merupakan intipati kepada istilah integriti itu sendiri yang perlu diadaptasikan dalam kehidupan seharian serta di dalam melaksanakan amanah dan tanggunjawab yang diberikan sebagai pegawai
penguat kuasa.” kata Salahuddin.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment