• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Pameran Kartun ‘Seiring Sejalan’ dilancarkan

Spread the love

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2023 – Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, telah melancarkan Pameran Kartun ‘Seiring Sejalan’ buat julung-julung kalinya diadakan bersempena Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2023 (HKHM 2023) di Fahrenheit88 Mall, Bukit Bintang.

Program tersebut dilaksanakan dengan kolaborasi di antara Arkib Negara Malaysia bersama Fahrenheit88 Mall, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bertemakan ‘We Are Greater Together’ selaras dengan tema sambutan HKHM 2023 iaitu ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’.

Pelaksanaan program itu juga adalah untuk mengiktiraf industri kartun tempatan di mana para kartunis telah menterjemahkan warisan dan budaya negara secara kreatif dan unik selain menepati hasrat kerajaan dalam usaha memelihara warisan dan budaya sebagai wadah melestarikan perpaduan. Ia juga mampu memberi pendedahan kepada orang ramai terutamanya kepada generasi muda hari ini tentang potensi industri kartun tempatan yang boleh diangkat hingga ke peringkat global sebagaimana karya ‘Kampung Boy’ yang dihasilkan oleh Dato’ Lat yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

“Saya melihat program ini turut menyemarakkan slogan ‘Segulai Sejalai’ yang diaspirasikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan berjaya menarik perhatian pelbagai peringkat masyarakat, tidak hanya golongan kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa, kerana apa yang dipamerkan adalah bahan bacaan hiburan berbentuk kartun dan komik sejak era 1950an hingga kini,” ujar Aaron.

Majlis pelancaran pameran kartun itu telah dihadiri oleh hampir 100 orang tetamu yang terdiri daripada wakil-wakil dari agensi di bawah Kementerian Perpaduan Negara, pengurusan tertinggi Fahrenheit88 Mall, barisan exco Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PEKOMIK) dan Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) dan turut disertai oleh penggiat-penggiat seni kartun, komik dan animasi Malaysia yang lain.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation