Bagi tahun 2023, tema sambutan Hari Orang Asal Sedunia adalah ‘Belia Orang Asli Sebagai Ejen Perubahan Diri’ yang diangkat sebagai inspirasi dalam merancang pembaharuan yang melibatkan Orang Asli di peringkat akar umbi sehingga ke peringkat global.
Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pelaksanaan sambutan Hari Orang Asli Sedunia tersebut dilaksanakan bagi menyatakan sokongan Malaysia terhadap resolusi United Nations dan rasa solidariti terhadap masyarakat Orang Asli sedunia.
Kata JAKOA, pelbagai program dan aktiviti telah dirancang sepanjang sambutan berlangsung termasuklah program bual bicara oleh United Nations Development Programme (UNDP) yang akan membincangkan hala tuju golongan belia masyarakat Orang Asli di peringkat global secara umum dan peringkat lokaliti secara khususnya.
“Ia turut melibatkan seramai 1000 orang peserta masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada Batin/ Penghulu/ Belia/ Pelajar dan masyarakat Orang Asli Perak serta penglibatan warga JAKOA, Kerajaan Negeri Perak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Penerangan Malaysia, KEMAS, Perak Transit, Asyik FM dan Perak FM, agensi dan syarikat swasta seperti AGRO Bank, Persatuan Malim, Koperasi Orang Asli Musoh dan komuniti setempat.” kata JAKOA.
Selain dari jualan usahawan Orang Asli, turut diadakan program Jualan RAHMAH oleh pihak MyDIN dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), bagi membantu serta mengurangkan beban perbelanjaan yang ditanggung rakyat masa ini.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment