• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Lawatan Menteri Luar Negeri ke Iraq kukuhkan hubungan dua hala

Spread the love

PUTRAJAYA, 23 OGOS 2023 – Menteri Luar Negeri Malaysia Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir akan mengadakan Lawatan Rasmi ke Republik Iraq dari 23 – 25 Ogos 2023 atas jemputan Timbalan Perdana Menteri Hal Ehwal
Antarabangsa dan Menteri Luar Negeri Republik Iraq iaitu Tuan Yang Terutama Dr. Fuad Hussein.

Menurut Wisma Putra, ini merupakan lawatan pertama beliau ke Republik Iraq selepas menyandang jawatan sebagai Menteri Luar Negeri pada 2 Disember 2022.

“Semasa lawatan ini, YB Menteri Luar Negeri dijangka akan mengadakan kunjungan hormat ke atas pemimpin-pemimpin Iraq. Beliau juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya, Tuan Yang Terutama Dr. Fuad Hussein bagi menyusul perbincangan yang telah diadakan di sela-sela Mesyuarat Biro Penyelarasan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Peringkat Menteri Luar Negeri pada 5 Julai 2023.

Pertemuan ini akan memberi peluang terbaik kepada Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang telah terjalin sejak sekian lama dengan Republik Iraq serta meneroka bidang kerjasama baharu yang berkepentingan bersama. YB Menteri Luar Negeri juga akan mengambil peluang di Baghdad untuk mengadakan sesi libat urus dengan
komuniti perniagaan Iraq untuk meneroka potensi dalam bidang ekonomi antara kedua-dua negara.” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.

Republik Iraq adalah rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dan sumber import ketujuh terbesar dari kalangan negara-negara Asia Barat. Jumlah dagangan pada 2022 bernilai RM4.68 bilion (USD1.07 bilion), meningkat 24.3% berbanding RM3.76 bilion (USD0.91 bilion) pada 2021.

Semasa lawatan, Zambry akan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan dari Kementerian Luar Negeri dan delegasi perniagaan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation