KUALA LUMPUR, 8 SEPTEMBER 2023 – Acara ‘A Taste of ICWC’ yang menakjubkan yang dirasmikan oleh Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan di dalam lanskap budaya dan perniagaan, sebagai pembuka tirai kepada Persidangan Antarabangsa dan Pameran Budaya Dunia 2023 (ICWC ’23). Dianjurkan oleh UDS Media Sdn. Bhd., acara ini memberikan gambaran menarik kepada persidangan yang bakal berlangsung pada bulan November, dengan penekanan yang kuat pada memacu perniagaan melalui pelancongan dan kerjasama merentas budaya.
‘A Taste of ICWC’ melangkaui pameran kepelbagaian budaya; ia turut membawa para pengunjung menyelami pelbagai budaya dunia. Wakil dari negara seperti New Zealand, Fiji, Australia, Cuba, Ukraine dan banyak lagi berinteraksi secara langsung dengan para pengunjung melalui gerai pameran interaktif yang direka khas bagi menyampaikan intipati budaya mereka yang menjadi asas untuk perkongsian merentas budaya.
Dato’ Sri Haji Fadillah berkata, “ICWC ‘23 berfungsi sebagai platform dinamik untuk pertukaran ekonomi dan budaya. Ia memberikan negara-negara yang terlibat peluang yang tidak ternilai untuk mempromosikan pelancongan, perdagangan dan peluang pelaburan. Dengan mempamerkan khazanah budaya, ia berupaya untuk menarik pelancong, usahawan dan peminat yang ingin meneroka dan terlibat dengan keajaiban yang ditawarkan mereka.”
Sepanjang acara berlangsung, para pengunjung disajikan dengan persembahan kebudayaan yang menarik seperti Muzikal Angklung Indonesia, Tarian Flamenco Cuba, Tarian Bachata Republik Dominican, persembahan Dikir Barat Malaysia, Muzikal Orkestra Istana Budaya, dan balada ‘Azizah’ yang dipersembahkan oleh penyanyi terkemuka P. Radhi, terkenal dengan penampilannya sebagai arwah Tan Sri P. Ramlee yang tercinta.
Di samping itu, ‘A Taste of ICWC’ memperkenalkan ‘Anugerah Kecemerlangan Budaya Aziza’ yang pertama disampaikan kepada Allahyarham P. Ramlee. Anugerah ini diterima oleh cucunya, Najua Nasir, sebagai mengiktiraf sumbangan besar beliau kepada warisan budaya Malaysia.
Memandang ke hadapan, ICWC ’23 bersedia untuk menjadi acara yang bersifat transformatif, dengan menampilkan strategi inovatif bertujuan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan persefahaman global. Strategi ini termasuk program Penyerapan Budaya seperti lawatan berpandu dan bengkel untuk pengalaman budaya asli, pemadanan perniagaan B2B bagi menghubungkan perniagaan tempatan dengan delegasi antarabangsa untuk meluaskan jangkauan atau membuka pasaran baharu, berserta Pakej Pelancongan Budaya yang direka khas dengan kerjasama agensi pelancongan tempatan yang menawarkan pengalaman terpilih, termasuk lawatan ke mercu tanda budaya dan pengembaraan juadah dan sajian, sejajar dengan tema persidangan pertukaran silang budaya.
Encik Azmi Mustapha, Presiden ICWC, berkata, “Acara ini adalah jemputan untuk mempromosikan budaya sebagai aset pelancongan. Budaya tidak statik; ia adalah entiti yang hidup dan bernafas yang memperkayakan kehidupan kita dan mempunyai potensi untuk memacu pertumbuhan ekonomi. Dengan mempamerkan warisan budaya negara, kita mampu menarik pelancong yang mencari pengalaman tulen, memacu pendapatan pelancongan dan pembangunan mampan.”
“ICWC dan “A Taste of ICWC” berperanan sebagai sebuah peringatan bahawa budaya boleh menghubungkan, bukan penghalang. Dalam dunia yang saling berkaitan, pertukaran budaya memupuk persefahaman, rasa hormat, dan kerjasama. Ia menghubungkan manusia dan negara, merentasi bahasa dan politik. Melalui budaya, kita mampu mencari titik persamaan dan bekerjasama untuk menangani cabaran global,” tambah beliau.
Berlangsung dari 16 – 19 November 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), ICWC 23′ disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan (MOTAC), & Yayasan Hasan, dan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak.
Pelawat dan delegasi di ICWC ’23 bakal menemui prospek menarik untuk meningkatkan keterlihatan negara mereka, menjalin hubungan berharga dengan rakan usaha sama perniagaan baharu, dan memacu pengembangan perniagaan dalam sektor pelancongan di seluruh dunia. Dalam hal ini, UDS Media amat mengalu-alukan penyertaan perniagaan tempatan dan antarabangsa untuk merebut prospek pertumbuhan yang ditawarkan di ICWC ’23.
Untuk maklumat lanjut bagi menjadi peserta pameran atau menghadiri ICWC ‘23, layari: https://www.icwc.global/
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment