15 September 2023 – Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menerima Laporan Awal (Preliminary Report) Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mengenai kemalangan udara yang melibatkan pesawat N28JV berhampiran Elmina, Shah Alam yang berlaku pada 17 Ogos 2023.
Dalam satu kenyataan hari ini, MOT berkata bahawa Laporan Awal tersebut memenuhi standard Annex 13 kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13) yang memerlukan penyediaan laporan awal dalam tempoh 30 hari daripada insiden tersebut.
Laporan itu juga mengandungi pernyataan fakta dan penemuan awal yang telah ditentukan sehingga waktu penerbitan laporan ini. Laporan Awal ini harus dianggap sebagai tentatif, dan boleh diubah atau diperbetulkan jika terdapat maklumat dan bukti tambahan. Ia boleh dimuat turun melalui pautan https://www.mot.gov.my/en/aviation/reports/a05-23.
“Laporan Akhir akan selesai selewat-lewatnya pada Ogos 2024 selaras dengan ICAO Annex 13 yang memperuntukkan tempoh 12 bulan dari kemalangan tersebut untuk melengkapkan dokumen tersebut.
Kementerian Pengangkutan merakamkan penghargaan kepada usaha teliti BSKU dan bertekad untuk memperkasakan keselamatan penerbangan berdasarkan penemuan biro.” kata MOT.
MOT turut mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat dan Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) Singapura atas bantuan yang diberi di dalam penyiasatan BSKU melalui Accredited Representative masing-masing dan penasihat-penasihat teknikal mereka, sama ada di dalam negara atau di luar negara.
Kemalangan tersebut melibatkan pesawat Beechcraft Model 390 Premier 1 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan terhempas dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Subang. Tragedi ini meragut 10 nyawa termasuk 8 penumpang dan krew di atas pesawat dan 2 pengguna jalan raya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment