SEPANG 11 November 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri
Haji Fadillah Haji Yusof telah hadir menyaksikan berlepasnya penghantaran bantuan kemanusiaan kedua Malaysia untuk rakyat Palestin membabitkan pelbagai barangan keperluan seberat 20 tan menerusi Ops Ihsan malam semalam.
Menurut Fadillah menerusi posting di Facebook rasmi beliau, pesawat berkenaan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish, Mesir menerusi penerbangan pesawat kargo khas, kira-kira jam 10.50 malam dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
“Barangan bantuan kemanusiaan ini akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir sebagai rakan kerjasama bagi membawa masuk barangan itu ke Gaza melalui sempadan Rafah. Penghantaran kedua ini membabitkan keperluan makanan, perubatan, pakaian dan keperluan bayi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Kedutaan Palestin dan Mesir yang banyak membantu memudahkan penghantaran bantuan ini.
Begitu juga penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada rakyat Malaysia yang banyak membantu memberi sumbangan kepada misi kemanusiaan ini.” kata Fadillah.
Tambahnya, “Inilah kelebihan rakyat kita di Malaysia apabila berlaku bencana bukan sahaja membabitkan dalam negara tetapi di luar negara, mereka sentiasa menunjukkan semangat keprihatinan dan kesukarelawanan untuk memberi bantuan dan menunjukkan rasa simpati. Terima kasih semua.”
Turut hadir adalah Duta Besar Palestin Ke Malaysia, Walid Abu Ali; Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan; Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment