PUTRAJAYA, 14 Disember 2023 – Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah menerima kunjungan hormat Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat Christopher A. Wray di Parlimen Malaysia semalam.
Menurut Saifuddin menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau semalam, kunjungan hormat tersebut adalah perbincangan susulan daripada pertemuan beliau dan Christopher Wray di Washington pada September lalu.
“Saya mengulangi komitmen Malaysia untuk memperkukuh bidang keselamatan antara negara dan serantau disamping turut memberi fokus dalam beberapa aspek lain termasuklah kerjasama melibatkan usaha menangani jenayah rentas sempadan, menangkis ancaman pengganas serta pembangunan kapasiti.”katanya.
Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay turut hadir mengiringi Saifuddin di dalam pertemuan tersebut.
Di samping beliau, turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, barisan Setiausaha Bahagian KDN, para pegawai dari Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato’ Pahlawan Supramaniam Ramasamy.
Be the first to leave a comment