• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Gempa bumi kuat berhampiran Pantai Barat Honshu, Jepun

Spread the love

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 telah berlaku berhampiran Pantai Barat Honshu, Jepun pada pukul  3:10 petang hari ini.

Menurut laporan media, Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami peringkat tinggi selepas beberapa siri gempa bumi kuat menggegarkan kawasan barat negara itu hari ini.

Bagaimana punJabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.

Maklumat kejadian itu seperti mana dilalorkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :

Waktu Kejadian: 3:10 petang, 1 Januari 2024
Koordinat: 37.6° Utara 137.3° Timur
Lokasi: Berhampiran Pantai Barat Honshu, Jepun
Magnitud: 7.0
Jarak: 97km Utara dari Toyama,Japan
Kedalaman: 53 km

MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation