Melaka persinggahan pertama pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah

Spread the love

Oleh NURSALIAWATI SALBERI / MELAKA HARI INI

BANDA HILIR 1 Julai 2024 – Hubungan sejarah yang panjang antara Indonesia dan Malaysia menyaksikan Melaka menjadi destinasi pertama persinggahan pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah di luar negara kepulauan itu.

Direktor Jenderal Kebudayaan Kementerian Pendidikan Kebudayaan, Riset dan Teknologi Indonesia (Kemendikbudristek) Hilmar Farid berkata, pelayaran yang dimulakan sejak 2017 itu adalah usaha pihaknya menjejak tinggalan jalur rempah yang bermula di negara itu sejak 2000 tahun yang lalu dan dibawa sehingga ke Timur Afrika.

Katanya, tiga pelayaran dibuat dalam perairan Indonesia dan Melaka menjadi persinggahan luar pertama, selepas ini jelajah itu akan diteruskan ke negara lain.

“Beberapa aspek diambil dalam pemilihan Melaka sebagai lokasi pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah ini, antaranya berdasarkan hubungan sejarah yang panjang antara Malaysia dan Indonesia termasuk Melaka pernah menjadi pusat perdagangan terkenal dunia suatu masa dahulu.

“Selain status Melaka yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan terkahir kerana kita ingin perkukuhkan lagi hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia khususnya dalam bidang kulinari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas perasmian Program Muhibah Budaya Jalur Rempah Melaka, di perkarangan Muzium Rakyat, semalam.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation