KUALA LUMPUR, 2 Julai 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, memperkenalkan #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit, sebuah koleksi pakaian kapsul yang dikurasi untuk memperkasakan wanita mengekspresikan diri mereka. Koleksi inovatif ini mengutamakan kepelbagaian dan siluet cantik untuk menawarkan helaian pakaian sopan yang mudah dicampur dan padan untuk mencipta tiga gaya berbeza: Warna Lit Lit, Every Body Cantik, dan Girl Boss.
Gaya Lagi Lit mencerminkan komitmen terhadap inklusiviti yang mengetengahkan pakaian asas yang disusun pilih bersesuaian dengan pelbagai jenis bentuk badan dan warna kulit. Dikurasi oleh penggaya fesyen Shopee, koleksi ini memperkasakan wanita untuk yakin membina gaya peribadi yang mencerminkan keperibadian unik mereka. Setiap helaian pakaian adalah pada harga berpatutan yang memupuk ekspresi diri sambil menyokong pertumbuhan dan kejayaan peniaga fesyen Malaysia di platform e-dagang.
“Shopee berbesar hati memperkenalkan koleksi 7.7 #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit, hasil kerjasama strategik dengan jenama fesyen Malaysia: Ariana Exclusive, Desince, Garden Store, Hany Shop, Indah Pesona, Le’Fonse, Lovito Muslim, Lovito, Marvelry, Muslimin dan Muslimah, dan Syifa Exclusive. Koleksi pakaian kapsul sopan ini menawarkan harga yang berpatutan untuk memperluaskan akses kepada pakaian bergaya buat semua. Dengan menawarkan pelbagai pakaian yang menarik dan berpelbagai, ia membolehkan wanita Malaysia untuk mencipta pakaian kapsul yang benar-benar mencerminkan keperibadian mereka dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menggayakannya dengan yakin,” kata Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.
Warna Lit Lit: Berani dan Menarik Perhatian
‘Warna Lit Lit’ adalah untuk wanita yang berani, sentiasa bersemangat, dan memiliki citarasa gaya yang unik. Beliau gemar mencipta penampilan dengan warna-warna yang saling melengkapi untuk menonjolkan keperibadiannya.
Cuba gayakan t-shirt oversized dari Le’Fonse dengan skirt dari Desince, Indah Pesona, atau Syifa Exclusive untuk sebagai asas gaya santai namun masih menarik perhatian. Jangan lupa untuk menggayakannya bersama selendang kegemaran dari Hany Shop. Peribadikan penampilan ini dengan aksesori ceria seperti gelang manik berwarna-warni dari Marvelry dan dengan beg mini dari Garden Store.
Maniskan penampilan dengan menyarung jaket berwarna neutral dari Lovito. Raikan kuasa dan kegembiraan warna dengan Warna Lit Lit.
Every Body Cantik: Gaya Tanpa Had
‘Every Body Cantik’ meraikan kecantikan yang terpancar dari dalam. Kami percaya pakaian memainkan fungsi utama dalam mengekspresikan diri. Dengan gaya ini, anda boleh serlahkan keyakinan anda dan bergaya tanpa risau tidak mengira jenis bentuk badan anda.
Dress maxi dari Lovito Muslim ini menyokong inklusiviti badan. Dress ini adalah kanvas untuk membina estetika unik anda, lalu menambah keyakinan, tidak mengira saiz. Bila diketatkan dengan tali pinggang, dress ini menyerlahkan bentuk badan dengan selesa. Lengkapkan dengan perhiasan dari Marvelry dan tambahkan sentuhan sofistikasi dengan tudung bawal dari Muslimin dan Muslimah. Pakai kasut kegemaran untuk sentuhan peribadi.
‘Every Body Cantik’ meraikan kecantikan yang ada dalam diri kita semua. Raikan keperibadian dan pancarkan keyakinan anda!
Girl Boss: Wanita Perkasa
Wanita moden memiliki keyakinan diri dan semangat yang tinggi — inilah gaya peribadi ‘Girl Boss’ — gaya smart casual sesuai untuk wanita kuat dan berdikari.
Seluar dan kemeja berbutang dari Lovito Muslim membentuk asas kepada penampilan ini, sementara jaket dari Lovito menambahkan lapisan pakaian agar nampak lebih yakin. Wanita Muslim boleh memilih tudung bergaya dari Ariana Exclusive. Pilihan aksesori berani menyerlahkan gaya.
Lengkapkan penampilan dengan sepasang kasut but atau kasut tumit yang menarik perhatian, kasut sukan pula tambah sentuhan dinamik, sementara beg sebagai aksesori praktikal yang mencerminkan ketabahan dan fokus anda.
“#ShopeeHaul mempunyai dua misi: pertama, memperkasakan PKS dalam industri fesyen sopan. Ini bukan sahaja memupuk inovasi dan membuka peluang pekerjaan, tetapi juga memastikan lebih banyak pilihan berkualiti tinggi untuk pengguna. Kedua, #ShopeeHaul meningkatkan pemilihan produk untuk pelanggan, terutamanya mereka yang mencari pakaian mampu milik. Komitmen kepada inklusiviti ini menunjukkan dedikasi Shopee untuk menggunakan teknologi untuk mencipta pasaran dalam talian yang menawarkan pilihan ber pelbagai dan mudah diakses oleh semua,” tambah Tan.
Shopee terus menambahbaik pengalaman membeli-belah untuk rakyat Malaysia dengan Jaminan Tepat Waktu untuk penghantaran tepat waktu (termasuk pilihan penghantaran hari esok dan penghantaran segera) dan lebih banyak titik pengumpulan sendiri Shopee. Polisi pemulangan “Ubah FIkiran (Change of MInd)” pula membolehkan pemulangan mudah dalam tempoh 15 Hari Pemulangan Percuma – Tanpa Soal* yang membolehkan pengguna membeli-belah dengan yakin sambil membina gaya sopan mereka dengan mudah.
Ketahui lebih lanjut tentang #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit dan beli-belah RM1 Tawaran Fesyen Super Seringgit pada 7.7 Jualan Fesyen Mega di sini: https://shopee.com.my/m/7-7
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment