Menteri KPKM dan KM Sabah bincang optimumkan penggunaan tanah ke arah keterjaminan makanan negara

Spread the love

KOTA KINABALU, 13 Julai 2024 – Ketika mengadakan pertemuan kunjung hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Haji Mohamad telah berbincang mengenai kerjasama KPKM dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi mengoptimumkan penggunaan tanah ke arah keterjaminan makanan negara serta kerjasama dalam melaksanakan projek pembangunan yang meliputi pemerkasaan sektor ternakan, tanamandan aktiviti pengeluaran serta pemasaran produk hiliran di negeri itu.

Menurut KPKM, Kerajaan Persekutuan melalui Belanjawan 2024 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi pelaksanaan projek pembangunan bersama Kerajaan Negeri yang merupakan inisiatif belanjawan khas bagi tahun 2024 yang bertujuan untuk membangunkan dan mengoptimumkan penggunaan tanah bagi meningkatkan hasil produk agromakanan negara.

“Daripada jumlah tersebut, KPKM telah memperuntukkan sebanyak RM33,593,226.00 kepadaKerajaan Negeri Sabah yang merupakan peruntukan tertinggi berbanding negeri-negeri yang lain. Peruntukan di bawah program ini telah disalurkan secara berperingkat kepada Kerajaan Negeri Sabah pada 4 April 2024 dan 14Mei 2024 bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan denganjayanya.

Pada sesi kunjungan hormat tersebut, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut menyerahkan cek cura berjumlah RM33,593,226.00 kepada Ketua Menteri Sabah.” kata KPKM.

Penyaluran peruntukan yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sabahadalah meliputi 7 buah projek yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah melibatkan pemerkasaan ternakan bersepadu ruminan, pembangunan 23 buah Pusat Pengumpulan Hasil Tani, pemulihan sawah-sawah padi terbiar seluas 534.55 hektar, pembinaan kilang kopi dan pembangunan tanaman kontan (Keladi Cina) yang melibatkan pelbagai daerah di Negeri Sabah. Kesemua projek tersebut akan dilaksanakan dan diselia oleh Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) melalui Jabatan Pertanian Negeri Sabah (DOA Sabah) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah (DVS Sabah).

“Peruntukan tersebut secara tidak langsung akan memberi manfaat danmembuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di Negeri Sabahseterusnya meningkatkan pendapatan dan membaiki taraf sosio ekonomi
negeri tersebut selaras dengan usaha meningkatkan nilai kadar saradiri (SSR) yang disasarkan dalam Dasar Agromakanan.” ujar KPKM.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation