Gempa bumi sederhana di Kepulauan Ryukyu, Jepun
Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun pada pukul 7:18 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 7:18 pagi, 13 Julai 2024 |
Koordinat | : 25.1° Utara 128.1° Timur |
Lokasi | : Kepulauan Ryukyu, Jepun |
Magnitud | : 5.5 |
Jarak | : 128km Selatan dari Naha,Jepun |
Kedalaman | : 10 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.
Be the first to leave a comment