Buli siber : Kerajaan sedang teliti keperluan gubal undang-undang baharu bersesuaian dengan keperluan semasa

Spread the love

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2024 – Kementerian Komunikasi bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri (Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan Kementerian Digital dalam usaha untuk menangani isu buli siber.

Menurut Menterinya, Fahmi Fadzil di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini, satu mesyuarat Berkaitan Isu Buli Siber telah diadakan pada 10 dan 17 Julai 2024.

“Mesyuarat pada 17 Julai 2024 telah dipengerusikan secara bersama oleh saya, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Menteri Dalam Negeri dan YB Menteri Digital serta turut dihadiri YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri.

Dalam mesnyuarat ini beberapa perkara telah dibincangkan termasuk aspek kawal selia, aspek penguat kuasaan, aspek undang-undang, serta isu-isu yang munglin melibatkan perlara-perkata berkaitan dengan perjalan kes-kes di mahkamah.

Walau bagaimanapun, kita akan bentangkan kepada Jemaah Menteri hasil daripada apa yang kita bincangkan semalam.” kata Fahmi.

  Tambah Fahmi, ketika ini seksyen 503 dan 509 Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah (criminal intimidation) dan perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang, serta seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain, adalah antara contoh peruntukan sedia ada yang boleh diguna pakai bagi menangani kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan buli siber, bergantung kepada bentuk buli yang dilakukan.

Pada masa yang sama, mesyarat semalam juga akan meneliti keperluan menggubal undang-undang yang baharu bersesuaian dengan keperluan semasa dan juga kita lihat perubahan cara orang berkomunikasi ke depan (masa hadapan) mungkin berbeza jadi ia perlu juga future proof” jelas Fahmi.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation