Oleh : JomCheck
Talian JomCheck ada menerima satu pertanyaan berkaitan kesahihan permohonan jawatan kosong menggunakan pautan yang diberikan di aplikasi WhatsApp.
Setelah menekan pautan tersebut, pemohon akan dibawa ke laman sesawang mencurigakan yang meletakkan imej logo Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jata Negara bagi meyakinkan pengguna.
Namun begitu, keraguan mula terserlah apabila pemohon diminta untuk mengisi nombor telefon aplikasi Telegram untuk log masuk kepada permohonan.
Hasil semakan JomCheck mendapati wujudnya banyak ciri-ciri yang boleh dipersoalkan melalui laman sesawang tersebut.
STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Teknik sebegini digunakan oleh penjenayah pancingan data (phishing) untuk mendapatkan data peribadi pemohon setelah pemohon mengisi segala maklumat yang diminta.
Sumber: Panduan oleh SoyaCincau – https://bm.soyacincau.com/2022/01/15/cara-kesan-laman-web-palsu/
Antara ciri yang perlu diberi perhatian dan boleh dipersoalkan melalui laman sesawang yang dikongsikan adalah:
a. Alamat URL/domain yang diberikan adalah mencurigakan dan tidak mematuhi piawaian kebiasaan laman sesawang agensi kerajaan. Laman sesawang rasmi kerajaan berdasarkan alamat URL/domain yang berakhir dengan “.gov.my”.
b. Penggunaan bahasa yang bercampur aduk antara Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris di laman sesawang berikut juga berada di luar kelaziman untuk laman sesawang rasmi kerajaan.
c. Permintaan data peribadi dan perpindahan ke platform lain (contoh, dari laman sesawang ke Telegram) adalah petanda ia berkemungkinan besar laman sesawang palsu.
Jom semak dahulu dengan JOMCHECK di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment